DUN Sarawak | Nilai eksport kayu Sarawak meningkat 26 peratus

2022-05-26 0

Nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan peningkatan 26 peratus kepada 1.04 bilion ringgit bagi tempoh suku pertama tahun 2022.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia berbeza dari jumlah dicatatkan pada tempoh sama tahun 2021 iaitu 826 juta ringgit.